Roover Moot Members

Monday 12 March 2012

KLKM 08 UniSZA | Aktiviti-aktiviti yang disertai 2010-2012

..::MAJLIS KREW KUMPULAN LATIHAN KELANASISWA MALAYSIA::..
..::UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN (KLKM 08 UniSZA) BAGI TAHUN 2010 - 2012::..

PENGENALAN
Majlis Krew KLKM 08 UniSZA telah ditubuhkan oleh Tuan Syed Mohd Al-Shukri bin Tuan Shariff dan Tuan Haji Rosdi bin Abdul Rahman sejak 5 Oktober 2011 dan bergerak aktif sejak tahun 2010. Sebelum ini persatuan telah ditubuhkan sejak tahun 2004 lagi oleh Tuan Haji Rosdi bin Abdul Rahman. Tujuan penubuhan Majlis Krew KLKM 08 UniSZA adalah seiring dengan matlamat asas penubuhan pengakap kelana iaitu bagi memperkenalkan kerakyatan yang aktif, melengkapi perkhidmatan kepada masyarakat dan persatuan, melengkapi ahli-ahli dengan cabaran dan peluang untuk meningkatkan kebolehan diri sendiri, membolehkan ahli-ahli melengkapi diri mereka dengan kehidupan yang lebih memuaskan dan berfaedah dan mengambil bahagian dengan aktif dalam peningkatan pergerakan Pengakap. Majlis Krew KLKM 08 UniSZA telah bergiat aktif sejak di awal penubuhan sama ada dalam pelbagai aktiviti diperingkat universiti mahupun di peringkat antarabangsa melalui aktiviti-aktiviti kepengakapan. Kehebatan kepimpinan dan perwatakan kedua-dua pengasas persatuan jelas telah menaikkan minat generasi belia untuk menyertai persatuan ini dan sehingga kini ahli-ahli berdaftar berjumlah lebih kurang  200 orang dan dijangka jumlahnya akan meningkat dari masa ke semasa. 

Visi
Berhasrat untuk menjadi ahli kelanasiswa yang paling aktif dan disegani di Malaysia amnya dan di dalam Kumpulan Latihan Kelanasiswa Malaysia khususnya dan di peringkat antarabagasa. Majlis Krew Kumpulan Latihan Kelanasiswa Malaysia 08 UniSZA mempunyai cita-cita ingin menjadikan pengakap sebagai salah satu cabang ilmu dalam kehidupan seharian serta ingin memahat sejarah melalui aktiviti kepengakapan.

Ahli Jawatankuasa Majlis Krew Kumpulan Latihan Kelanasiswa Malaysia 08 Universiti Sultan Zainal Abidin (KLKM 08 UniSZA) adalah sepertimana berikut:
No.
Jawatan
Nama
1
Penasihat
Rosdi bin Abdul Rahman
2
Pemimpin Kumpulan
Syed Mohd Al-Shukri bin Tuan Sharif
3
Pemimpin Pengakap Kelana
Ustaz Wan Ismail bin Wan Abdullah
4
Pemimpin Pengakap Kelana
Sajulia binti Ahmad
5
Pengerusi
Muhammad Marzuqi bin Zainal Adlan
6
Naib Pengerusi
Nasriah Fariha binti Ab.Hadi
7
Setiausaha
Norrahman bin M Osman
8
Bendahari
W.Amirah Wahidah binti W.Mat Amin
9
Kuartermaster
Ahmad Zaidi bin Kadir
Muhamad Amirul bin Raub
10
Ahli Jawatankuasa
Nuridayu bin Amiruddin
 

..::Sebahagian aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan/ bakal dijalankan/ disertai :


1 Oktober 2010
MAJLIS JAMUAN HARI RAYA MAJLIS KREW KLKM 08 UniSZA.

Pihak pengurusan persatuan telah mengadakan Majlis Jamuan Hari Raya Majlis Krew KLKM 08 UniSZA pada 1 Oktober 2010 bertempat di rumah Encik Rosdi bin Abdul Rahman. Program tersebut bermula dengan ucapan alu-aluan daripada pengerusi majlis, ucapan dari penasihat program dan ketua krew serta bacaan doa dan jamuan bermula.

Tarikh : 1 Oktober 2010
Tempat : Rumah Tuan Haji Rosdi bin Abdul Rahman di Gong Badak
Penyertaan : 20 orang
Nama Program : Majlis Jamuan Hari Raya Majlis Krew KLKM 08 UniSZA


15 Februari 2011
SAMBUTAN MAULIDUR RASUL1432 HIJRAH [1 MALAYSIA 1 UMMAH] MAJLIS PENGAKAP NEGERI TERENGGANU

Pihak Majlis Krew KLKM 08 UniSZA telah menyertai perarakan sempena sambutan maulidur Rasul pada 15 Februari 2011 bertempat di Taman Shahbandar, Kuala Terengganu. Program tersebut bermula dengan perarakan dan selawat dari Taman Shahbandar ke Stadium Negeri Terengganu. Melalui program tersebut seramai 5 orang ahli wakil daripada Majlis Krew KLKM 08 UniSZA yang menyertainya.

Tarikh : 15 Februari 2011
Tempat : Taman Shahbandar, Kuala Terengganu
Penyertaan dari KLKM 08 UniSZA: 5 orang (bersama pemimpin/ Pesuruhjaya/Pen.Pesuruhjaya Majlis Pengakap Negeri Terengganu)
Nama Program : Sambutan Maulidur Rasul 1432 Hijrah
   
23 September 2011
PENUBUHAN LAMAN FACEBOOK KLKM 08 UniSZA Group dan KLKM UniSZA

Demi melahirkan Kumpulan Pengakap Profesional, KLKM wujud dan terus berkembang dan releven sehingga hari ini dengan menawarkan program-program yang menarik demi merealisasikan cita-cita Negara. Demi melahirkan Kumpulan Pengakap yang Profesional di kalangan mahasiswa/mahasiswi UniSZA juga, Kelab KLKM 08 UniSZA diwujudkan dan terus berkembang dan bangkit semula dengan aktiviti-aktiviti yang lebih menarik dan mencabar. Terbuka kpd semua mahasiswa/mahasiswi UniSZA. Anda adalah family KLKM 08 UniSZA.

Disebabkan itu, laman Facebook KLKM UniSZA telah dibuka pada 23 September 2011 ini bertujuan memudahkan para peserta program kepengakapan yang terdiri daripada ahli kumpulan latihan kelanasiswa untuk melihat gambar-gambar dan berbincang mengenai aktiviti-aktiviti kepengakapan yang telah diadakan dan  akan diadakan. Selain daripada itu, melalui laman ini juga ahli-ahli KLKM dapat mengetahui maklumat-maklumat terkini mengenai aktiviti-aktiviti kepengakapan yang diadakan. Selain itu, berkemungkinan sebarang hebahan dari masa ke semasa mungkin boleh dibuat di sini berdasarkan keperluan. 
Layari kumpulan KLKM UniSZA ini di alamat berikut:
https://www.facebook.com/klkmunisza

20 Oktober hingga 22 Oktober 2011
PERKHEMAHAN SKIM LATIHAN KELANA : LENCANA PENGEMBARAAN [EKSPEDISI BERBASIKAL]

Program ini adalah anjuran KLKM 08 UniSZA dan ianya bertujuan membolehkan para peserta mendapatkan Lencana Pengembaraan melalui aktiviti pengembaraan berbasikal bermula dari UniSZA ke Kem Merang, Setiu, Kuala Terengganu yang mana jaraknya lebih kurang 52 KM. Selain dari mengembara, peserta perlu menjawab 10 soalan yang telah diberikan dan perlu memerhati keadaan sekeliling untuk mendapatkan jawapannya serta perlu mencatatkan masa dan tempat bagi setiap checkpoint. Selain itu, para peserta berkhemah selama 3 hari 2 malam di Kem Merang. Antara aktiviti-aktiviti kepengakapan yang diadakan di sana seperti ikhtiar hidup, orienteering, ikatan dan simpulan, malam persembahan dan pelbagai lagi aktiviti yang menarik. 

Tarikh : 20 Oktober hingga 22 Oktober 2011
Tempat : Kem Kokurikulum Universiti Sultan Zainal Abidin Merang, Setiu, Kuala Terengganu
Penyertaan : 70 orang
Nama Program : Skim Latihan Kelana : Lencana Pengembaraan


18 November hingga 25 Nov. 2011
JAMBORI MALAYSIA KE 12 & TERENGGANU INTERNATIONAL SCOUT JAMBOREE 2011

Jambori Malaysia ke 12 ini merupakan Jambori Antarabangsa yang telah dianjurkan oleh Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Terengganu dengan kerjasama Kerajaan Negeri Terengganu dan Jabatan Pendidikan dan ianya telah dirasmikan oleh Yang Dipertuan Agong, Sultan Mizan Zainal Abidin serta penjenamaan semula Kem Telaga Batin kepada Kem Pengakap Tengku Muhammad Ismail. Jambori ini telah berlangsung selama 8 hari 7 malam bertempat di Kem Pengakap Tengku Muhammad Ismail. Ianya telah disertai sekurang-kurangnya 11,000 ahli pengakap dari dalam dan luar negara. Pada jambori tersebut, Majlis Krew KLKM 08 UniSZA telah membuka sebuah gerai jualan di tapak jambori. Seramai 40 orang petugas yang bertugas semasa program tersebut. Pembukaan gerai jualan tersebut diketuai oleh Tuan Syed Mohd Al-Shukri bin Tuan Sharif.  

Tarikh : 18 November hingga 25 Nov. 2011
Tempat : Kem Pengakap Tengku Muhammad Ismail, Telaga Batin, 21300 Kuala Terengganu
Penyertaan :  40 orang (Petugas di bahagian gerai jualan KLKM 08 UniSZA)
Nama Program : Jambori Malaysia Ke 12 [Skim Latihan Kelana : Lencana Keusahawanan]


8 Disember hingga 10 Disember 2011
PERKHEMAHAN  SKIM LATIHAN KELANA :LENCANA PERKHIDMATAN

Perkhemahan ini telah dianjurkan oleh KLKM 08 UniSZA selama 3 hari 2 malam bertempat di Kem Pengakap Tengku Muhammad Ismail. Program ini  telah dirasmikan oleh Tuan Haji Rosdi bin Abdul Rahman, Ketua Pesuruhjaya Negeri KLKM dan telah disertai seramai 45 orang ahli KLKM UniSZA dan 12 orang ahli Kelana Laut G Daerah K. Terengganu. Aktiviti yang dijalankan bergantung sepenuhnya pada silibus Skim Latihan Pengakap Kelana bagi Lencana Perkhidmatan di mana antara aktiviti-aktiviti tersebut adalah Kursus Pertolongan Cemas (Bantu Mula) dikendalikan oleh Dr. Rozita daripada Pusat Kesihatan UniSZA serta Program Khidmat Masyarakat iaitu dengan membersihkan kawasan Kem Pengakap selama 6 jam dan Program Kitar Semula serta lawatan ke rumah kebajikan masyarakat (PERKAYA) yang akan dijalankan dalam tempoh 3 bulan yang akan datang.

Tarikh : 8 Disember hingga 10 Disember 2011
Tempat : Kem Pengakap Tengku Muhammad Ismail, Telaga Batin, Kuala Terengganu
Penyertaan : 57 orang
Nama Program : Skim Latihan Kelana : Lencana Perkhidmatan 

14 Mac 2012
Perkhemahan Skim Latihan Kelana : Lencana ICT

Lencana ICT adalah salah satu lencana pilihan di bawah Skim Lencana Pengakap Kelana, Persekutuan Pengakap Malaysia. Lencana ini bagi memenuhi kumpulan lencana yang wajib di ambil untuk malayakkan seseorang pengakap kelana mendapat anugerah tertinggi dalam kelana iaitu Anugerah B-P. Program yang akan dianjurkan oleh Pengakap Kelanasiswa KKY1012 Kumpulan A bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturahim sesama ahli-ahli kelanasiswa, mendedahkan kepada mereka tentang teknologi maklumat supaya mereka celik IT dan meningkatkan kerjasama di kalangan ahli-ahli pengakap kelanasiswa UniSZA.

Tarikh : 14 Mac 2012
Tempat : Makmal Multimedia, Blok C, UniSZA
Penyertaan : 40 orang
Jam : 8.00 malam hingga 11.00 malam
Nama Program : Skim Latihan Kelana : Lencana ICT

15 Mac 2012 hingga 17 Mac 2012
Perkhemahan Skim Latihan Kelana : Lencana Kepimpinan Kursus Latihan Kepimpinan Manik Kayu Pengenalan & Tahap I 

Program yang akan dijalankan di Kem Pengakap Tengku Muhammad Ismail, Kuala Terengganu ini adalah bertujuan untuk mendedahkan kepada ahli kelana berkenaan Kursus Latihan Kepimpinan Manik Kayu Pengenalan dan Peringkat Satu beserta Lencana Kepimpinan. Hal ini kerana, keseluruhan Kursus Latihan Kepimpinan Manik Kayu Pengenalan dan Peringkat Satu yang akan dilaksanakan adalah termaktub di bawah Persekutuan Pengakap  Malaysia. Sebelum dilantik menjadi Penolong Pemimpin seorang Kelana akan diuji dalam pelbagai aspek, dari segi pengetahuan dan kemahiran asas dalam berpengakap. Lencana ini merupakan lencana yang dianugerahkan kepada ahli kelana sebagai mengakui pelbagai kegiatan dan aktiviti perkhemahan dengan memperlihatkan tahap tertinggi dalam melaksanakan program dan rancangan perkhemahan tersebut seperti ikhtiar hidup, kawad dan pandu arah. Sekaligus melengkapkan siri lencana pengakap kelana dalam memperolehi tertinggi kelana iaitu Anugerah B-P. Merupakan program anjuran Pengakap Kelanasiswa KKY1011 Universiti Sultan Zainal Abidin dengan kerjasama Persekutuan Pengakap Malaysia. 


Tarikh : 15 Mac hingga 17 Mac 2012
Tempat : Kem Pengakap Tengku Muhammad Ismail, Telaga Batin, Kuala Terengganu
Penyertaan : 40 orang
Nama Program : Skim Latihan Kelana : Kepimpinan dan Manik Kayu Pengenalan serta Tahap I


21 Mac 2012 hingga 24 Mac 2012
Sambungan kesinambungan daripada aktiviti Perkhemahan Skim Latihan Kelana : Lencana Perkhidmatan [PROGRAM GREEN OUR NATURE 2012 - MAHASISWA CAKNA ALAM)

Aktiviti-aktiviti yang akan disertai termasuk lah SkuadGreen, Kayuhan Hijau, Tanaman 100 Pohon, Rekabentuk dan inovasi barangan terpakai dan banyak lagi aktiviti-aktiviti yang menarik.
 
Tarikh : 21 Mac hingga 24 Mac 2012
Tempat : Universiti Sultan Zainal Abidin, Kampus Gong Badak, Kuala Terengganu
Nama Program : Program Green Our Nature [Join : Sambungan bagi Skim Latihan Kelana : Perkhidmatan]

5 April 2012 hingga 7 April 2012
Pre 2nd East Coast Rover Moot (Pre 2nd ECROM)

Aktiviti : Scouts Challenge (Pendakian/ Ekspedisi Bebasikal/ Explorace & Orienteering (berkayak)/ Pertandingan Memasak Nasi Minyak & Hidangan/ Malam Gala Pra ECROM/ Tarian Kebudayaan). Yuran : RM50.00 seorang (Kelana/Pemimpin). Peserta perlu berdaftar dengan PPM dan mempunyai kad pengesahan kesihatan bagi menyertai program pendakian/ ekspedisi.
Konsep program Moot adalah diinspirasikan oleh semangat penemuan (discovery), innovasi (innovation) dan diversiti (diversity). Ia memberi peluang kepada ahli-ahli Kelana untuk menjalankan aktiviti khidmat masyarakat dan pembangunan kepimpinan. Pengakap Kelana diberi peluang untuk merancang projek dan melakukannya. (Planning and Action). Sebelum ini, East Coast Rover Moot yang pertama diadakan pada 11 hingga 14 Februari 2010 di Kem Telaga Batin atau dikenali sekarang sebagai Kem Pengakap Tengku Muhammad Ismail anjuran KLKM Negeri. Program ini telah disertai seramai 450 orang ahli kelana dari seluruh IPTA/IPTS Malaysia. Justeru itu, kesinambungan lanjutan daripada program 1st ECROM dan atas dasar kepercayaan, KLKM 08 UniSZA telah diamanahkan untuk mengadakan program ECROM buat kali yang kedua pada tahun 2012 ini. Program ini dibuat dengan kerjasama Pengakap Negeri Terengganu dan Pasukan Pengakap Kelana Malaysia. 2nd ECROM adalah rentetan daripada 1st ECROM. Keistimewaan 2nd ECROM buat kali adalah pihak penganjur menyediakan pelbagai aktiviti-aktiviti yang menarik disamping menawarkan Lencana Kemahiran atau Lencana Ekstrem bagi setiap ahli-ahli kelana yang menyertainya. Sekaligus mereka dapat melengkapkan siri lencana pengakap kelana dalam memperolehi penganugerahan tertinggi kelana iaitu Anugerah BP.

Tarikh : 05 April hingga 07 2012
Tempat : Kem Pengakap Tengku Muhammad Ismail, Telaga Batin, Kuala Terengganu
Nama Program : Pre 2nd East Coast Rover Moot [Skim Latihan Kelana : Lencana Kemahiran & Lencana Ekstrem]

08 April 2012 hingga 11 April 2012
Higher Institution National Expedition (HINEX) Camp XII 

Bertemakan "Explorasi Survival Laut"

Anjuran Persatuan Pengakap Laut Kelanasiswa UMT
Tempat : Pulau Bidong, Universiti Malaysia Terengganu
Tarikh : 8 April 2012 - 11 April 2012
Tarikh akhir pendaftaran :27 Februari 2012
Bayaran :RM 200 seorg 
Penyertaan terhad 200 org shj (setiap IPT :6 peserta + 1 pengiring) 
HINEXCAMP12 | 1 Kelana . 1 Terokaan . 1 Warisan
hinexcamp12.umt.edu.my

***HINEX CAMP merupakan salah satu aktiviti tahunan yang dianjurkan oleh Kumpulan Latihan Kelanasiswa Malaysia (KLKM) yang disertai oleh ahli KLKM dari Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dari seluruh Malaysia.

Sekitar bulan Mac hingga April 2012
Perkhemahan Kursus Latihan Kepimpinan Manik Kayu Tahap II dan Tahap 3A & 3B

Program yang masih di dalam perancangan dan akan dijalankan. Program ini adalah bertujuan untuk mendedahkan kepada ahli kelana berkenaan Kursus Latihan Kepimpinan Manik Kayu Peringkat Dua. Hal ini kerana, keseluruhan Kursus Latihan Kepimpinan Manik Kayu Peringkat Dua yang akan dilaksanakan adalah termaktub di bawah Persekutuan Pengakap  Malaysia. Sebelum dilantik menjadi Penolong Pemimpin seorang Kelana akan diuji dalam pelbagai aspek, dari segi pengetahuan dan kemahiran asas dalam berpengakap. Program ini merupakan program anjuran Pengakap Kelanasiswa KKY1012 Universiti Sultan Zainal Abidin dengan kerjasama Persekutuan Pengakap Malaysia. Oleh itu, program ini akan diadakan sekitar bulan April 2012. Penyertaan bagi program ini masih dibuka kepada semua ahli-ahli KLKM 08 UniSZA.

PENUTUP

Di sepanjang tahun 2010 hingga 2011, telah banyak aktiviti-aktiviti kepengakapan yang telah disertai dan dikendalikan oleh KLKM 08 UniSZA. Sehingga kini nama KLKM 08 UniSZA telah cukup dikenali dan permohonan keahlian juga kian bertambah dari masa ke semasa. Justeru itu, bagi mengekalkan kredibiliti dan keupayaan ahli-ahli KLKM 08 UniSZA, program pemantapan kendiri perlu dilaksanakan bagi membentuk ahli-ahli Kelana supaya lebih berbudaya saing dan berintegriti.

Nasriah Fariha binti Ab.Hadi
Naib Presiden KLKM 08 UniSZA 

No comments :