East Coast Rover Moot 2

Konsep Program Moot ini adalah diinspirasikan oleh semangat penemuan (discovery),inovasi dan diversiti

Read more

East Coast Rover Moot 2

Memberikan peluang untuk menjalankan aktiviti khidmat masyarakat dan pembangunan kepimpinan menerusi projek yang akan dilakukan

Read more

East Coast Rover Moot 2

Mempromosikan Scouts Of The World Award dengan mempelajari lebih lanjut mengenai isu keamanan pembagunan dan alam sekitar kearah merealisasikan Millenium Development Goals

Read more

Roover Moot Members

Tuesday 23 October 2012

Pertandingan & Persembahan Sempena ECROM

Di East Coast Rovermoot akan diadakan banyak pertandingan & persembahan yang akan diadakan :

1) Tarian Kebudayaan - Setiap kontigen perlu mempersembahkan satu tarian kebudayaan (Sila ambil perhatian mengenai persembahan yang akan diadakan. Elakkan unsur-unsur pemujaan)

2) Malam Kebudayaan - Persembahan Malam Kebudayaan semua Kontigen

3) Malam Gala ECROM - Persembahan Malam Gala ECROM (Campfire)

4) Photography Contest - Pertandingan Mengambil Gambar paling kreatif dan menarik sepanjang ECROM. Pertandingan berlangsung sepanjang ECROM berlangsung (Sila rujuk kepada pihak Sekratariat 2nd ECROM)
Syarat : Perlu membuat persembahan yang menarik untuk pemilihan gambar yang paling kreatif. Pemenang akan dipilih melalui undian.

5) Golden Voice Contest - Pertandingan mencungkil bakat menyayi dan berkaraoke (Sepanjang ECROM berlangsung (Sila rujuk kepada pihak Sekratariat 2nd ECROM))
Syarat : Sila bawa 'minus one' sendiri. Tambahan peralatan/ penari boleh dibawa

6) Beach Games - Akan diadakan pertandingan diantara kumpulan. Hamper akan disediakan kepada pemenang.
Syarat : Perlu memenangi dua acara yang dipertandingkan.

7) Masterchef Contest - Pertandingan memasak yang disertai oleh wakil kontigen negeri masing-masing
Syarat : Penyertaan seramai 4 orang (Minumum perlu ada seorang lelaki). Perlu menyediakan Nasi Minyak + Lauk Ayam + Air + Presembahan Hidangan (Hidangan yang perlu disediakan untuk 6 orang). Boleh menyediakan makan untuk kontigen masing-masing. Peralatan perlu dibawa sendiri.

***JANGAN LEPASKAN PELUANG KEEMASAN INI. BANYAK HADIAH MENANTI SEMUA...SEKALI BERPENGAKAP, SELAMANYA BERPENGAKAP***

Tarikh Tutup Penyertaan ECROM

Salam Pegakap

PERHATIAN kepada semua KLKM/ Kelana

 Sila berikan pengesahan bilangan peserta/pemimpin (perempuan & lelaki) bagi penyertaan program East Coast Rovermoot untuk penyelarasan program. Tarikh tutup penyertaan adalah sebelum 31 Oktober 2012. Cepat sebelum penyertaan diTUTUP. Sebarang pengesahan dan pertanyaan boleh emailkan kepada nazzna86@gmail.com atau uniszascout@gmail.com . TQ


Monday 15 October 2012

MAKLUMAN MENGENAI PROGRAM 2ND EAST COAST ROVERMOOT 2012 (2ND ECROM)

Sukacitanya dimaklumkan bahawa Universiti Sultan Zainal Abidin telah diberi penghormatan sebagai tuan rumah bagi menjayakan “2nd EAST COAST ROVER MOOT” buat kali kedua bagi tahun 2012 pada 08 hingga 11 November 2012. Program ini merupakan salah satu usaha yang dilaksanakan oleh Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturahim dan meningkatkan kerjasama belia dan ahli-ahli kelana di seluruh Malaysia.

Program East Cost Rover Moot berkenaan seperti berikut :

Tarikh : 08 November 2012 hingga 11 November 2012

                 Masa mendaftar pada :- 08November 2012, Jam 8.00 pagi

Lokasi : Di Kem Pengakap Tengku Muhammad Ismail, Telaga Batin, Kuala Terengganu

Yuran : Yuran ECROM sebanyak RM 40.00 seorang (Pengakap Kelana/Pemimpin)

                (Skaf, Lencana ECROM, Lencana Kelana, Topi, Sijil Penyertaan, Tag nama berserta Passport
                Aktiviti dan Buku Cenderamata)

               Deposit Kebersihan sebanyak RM100.00 bagi setiap Kontinjen.

Maklumat mengenai EROM | 2nd ECROM

SURAT SIARAYA ECROM
 

Panduan | 2nd ECROM

PANDUAN PENYERTAAN
2ND EAST COAST ROVER MOOT (ECROM)
KEM PENGAKAP TENGKU MUHAMMAD ISMAIL, TELAGA BATIN,
KUALA TERENGGANU
_____________________________________________________________________________________

TARIKH                              : 08 November hingga 11 November 2012
HARI                                   : Khamis hingga Ahad
KELAYAKAN                    : Ahli Pengakap Kelana
DAFTAR                            : 08 November 2012, Jam 1.00 petang
BERSURAI                        : 11 November 2012, Jam 5.00 petang
BAYARAN                         : Yuran penyertaan : RM40.00 (Pemimpin/ Kelana)
                                             Deposit Kebersihan RM100.00 (setiap kontigen)
MAKANAN & MINUMAN : Perlu disediakan sendiri
PERALATAN                    : Khemah dan peralatan lain (yang berkenaan) perlu bawa sendiri
PENGINAPAN                  : Kem site Pengakap (Bagi Pemimpin : Bilik standard/ Bilik Deluxe)
KEPERLUAN                   : Pakaian seragam Pengakap, Buku catatan, Alatulis, Alatan tajam,
                                             pakaian sukan, pakaian dan keperluan diri seharian, alas tidur,
                                             selimut, ubatan peribadi, peralatan/bahan untuk pertandingan
                                             memasak dan sebagainya.
TARIKH TUTUP                : 31 OKTOBER 2012

East Coast Rover Moot 2 | ECROM2

East Coast Rover Moot 2 | ECROM2


Tempat : Tengku Muhammad Ismail Scout Camp, Terengganu Malaysia
Yuran Penyertaan  :  RM 40 / Person
Deposit Kebersihan : RM100/ Per Kontigen
08 hingga 11 November 2012
Khamis hingga Ahad