East Coast Rover Moot 2

Konsep Program Moot ini adalah diinspirasikan oleh semangat penemuan (discovery),inovasi dan diversiti

Read more

East Coast Rover Moot 2

Memberikan peluang untuk menjalankan aktiviti khidmat masyarakat dan pembangunan kepimpinan menerusi projek yang akan dilakukan

Read more

East Coast Rover Moot 2

Mempromosikan Scouts Of The World Award dengan mempelajari lebih lanjut mengenai isu keamanan pembagunan dan alam sekitar kearah merealisasikan Millenium Development Goals

Read more

Roover Moot Members

Monday 2 June 2014

Penilaian Anugerah BP Pengakap Kelana KLKM Siri 1 2014

Dimaklumkan bahawa Jawatankuasa Penilaian Anugerah Baden Powell (BP Award) dan Kumpulan Latihan Kelanasiswa Malaysia (KLKM) dengan kerjasama Pasukan Latihan Negara akan mengadakan Penilaian Anugerah BP Pengakap Kelana KLKM Siri 1 pada 25hb – 28hb Jun 2014 akan datang.
Penilaian Anugerah BP ini akan dijalankan di Pusat Kokurikulum, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang. Yuran penyertaan dikenakan sebanyak RM150 seorang (meliputi makan minum, penginapan, epolet dan rambu pengakap kelana).
Waktu pendaftaran adalah pada jam 9.00 pagi hingga 2.00 petang 25hb. Jun 2014
Antara perkara-perkara yang akan dinilai adalah seperti berikut:
1. Penilaian mengenai Pengetahuan Kenegaraan (akan dilaksakan secara temuduga individu).
2. Ujian bertulis (Kenegaraan, Kepengakapan, Pertolongan cemas).
3. Penilaian Personaliti (dilaksanakan sepanjang masa semasa sesi penilaian dijalankan).
4. Penilaian Kemahiran Kepimpinan (dilaksanakan menerusi Pengucapan Awam secara spontan dengan tajuk ucapan yang diberikan 5 minit sebelum berucap).
5. Penilaian Kemahiran Pengurusan Acara (calon akan dinilai tentang Pengurusan Istiadat Pengakap dan acara-acara perasmian atau penutupan atau menguruskan mesyuarat Krew).
6. Penilaian Khidmat Masyarakat yang mana peserta akan diberikan tugasan untuk selama 4 jam bagi melakukan tugasan khidmat masyarakat.
7. Calon juga akan diberikan ceramah mengenai Pengurusan Risiko dan Kenegaraan.
Calon-calon adalah diperlukan untuk membawa keperluan-keperluan seperti berikut:
1. Buku-buku log Lencana Kepandaian Pengakap Kelana.
2. Sijil-sijil Lencana Kepandaian Pengakap Kelana (dikepilkan bersama borang pencalonan Anugerah B.P).
3. Calon juga dikehendaki membuat model Projek Perintis (Pioneering) dan diserahkan semasa pendaftaran pada 25hb. Jun 2014.
4. Pakaian seragam lengkap 2 pasang.
Senarai peserta dan borang pencalonan hendaklah dihantar melalui Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri dan hendaklah sampai ke Ibupejabat Persekutuan Pengakap Malaysia sebelum 20hb. Jun 2014. Maklumat lanjut sila klik http://kelanasiswa.org/?p=1676http://kelanasiswa.org/?p=1676

Monday 28 April 2014

Struktur Organisasi (Pucuk Pimpinan) KLKM 08 UniSZA (2010-2014)

TERIMA KASIH DIUCAPKAN DI ATAS AMANAH DAN TANGGUNGJAWAB YANG DIBERIKAN. SEMOGA PELAPIS PERSATUAN KUMPULAN LATIHAN KELANASISWA MALAYSIA UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN DAPAT MENERUSKAN PERJUANGAN KAMI BAGI MENGHARUMKAN NAMA KLKM 08 UNISZA . SYABAS DAN TAHNIAH KEPADA SEMUA PUCUK PIMPINAN KLKM 08 UNISZA. SEMOGA IKATAN DAN UKHUWAH YANG DIBINA TIDAK AKAN PUTUS DAN SEMOGA JUMPA LAGI.

PENASIHAT KLKM 08 UNISZA

TUAN HAJI ROSDI BIN ABDUL RAHMAN


PEMIMPIN KUMPULAN KLKM 08 UNISZA

TUAN SYED MOHD AL-SHUKRI BIN TUAN SHARIF


PEN PESURUHJAYA DAERAH KLKM 08 UNISZA

PUAN SAJULIA BINTI AHMAD


PEN PESURUHJAYA DAERAH KLKM 08 UNISZA

UST WAN ISMAIL BIN WAN ABDULLAH


PRESIDEN PERSATUAN KLKM 08 UNISZA

MUHAMMAD MARZUQI BIN ZAINAL ADLAN


NAIB PRESIDEN KLKM 08 UNISZA

NASRIAH FARIHA BINTI AB.HADI


SETIAUSAHA KLKM O8 UNISZA

NURIDAYU BINTI AMIRUDDIN

BENDAHARI KLKM 08 UNISZA

WAN AMIRAH WAHIDAH BINTI WAN MAT AMIN


PENGARAH PROGRAM/AKTIVITI KLKM 08 UNISZA

MUHAMMAD HAFIZ SAFWAN BIN JASNI


AHLI JAWATANKUASA KLKM 08 UNISZA (QUATERMASTER 1)

MUHAMAD AMIRUL BIN RAUB

AHLI JAWATANKUASA KLKM 08 UNISZA(QUATERMASTER 2)

NAZRI BIN ZIN

AHLI JAWATANKUASA KLKM 08 UNISZA(QUATERMASTER 3)

AHMAD ZAIDI BIN KADIR

Perkhemahan Kursus Pengenalan & Manikayu 1

Perkhemahan Kursus Pengenalan & Manikayu 1 Kumpulan Latihan Kelanasiswa Malaysia Universiti Sultan Zainal Abidin (KLKM 08) at Kem Kokurikulum Universiti Sultan Zainal Abidin, Merang (im4u Survival Camp)



Tahniah

Tahniah diucapkan kepada adik Hafiz Safwan kerana telah terpilih secara rasmi berkuatkuasa menjadi Presiden Persatuan KLKM 08 UniSZA. Kini secara rasminya pembubaran Ahli Jawatankuasa KLKM 08 Dis 2010-April 2014. Semoga amanat yang diberikan dapat dilaksanakan dengan baik dan selamat menjalankan tugas.




JAMBORI PENGAKAP ANTARABANGSA TERENGGANU 2014

Dengan segala hormat dan sukacitanya dimaklumkan bahawa persekutuan pengakap Malaysia Negeri Terengganu akan menganjurkan Jambori pengakap Antarabangsa Terengganu 2014 seperti ketetapan berikut:


Tarikh : 01 hingga 06 Jun 2014
Tempat : Kem Pengakap Tengku Muhammad lsmail, Telaga Batin 21300 Kuala Terengganu, Terengganu
Bayaran Penyertaan : RM 80.00 seorang
Aktiviti : terdapat aktiviti-aktiviti menarik disediakan


2nd East Coast RoverMoot