Roover Moot Members

Monday 2 June 2014

Penilaian Anugerah BP Pengakap Kelana KLKM Siri 1 2014

Dimaklumkan bahawa Jawatankuasa Penilaian Anugerah Baden Powell (BP Award) dan Kumpulan Latihan Kelanasiswa Malaysia (KLKM) dengan kerjasama Pasukan Latihan Negara akan mengadakan Penilaian Anugerah BP Pengakap Kelana KLKM Siri 1 pada 25hb – 28hb Jun 2014 akan datang.
Penilaian Anugerah BP ini akan dijalankan di Pusat Kokurikulum, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang. Yuran penyertaan dikenakan sebanyak RM150 seorang (meliputi makan minum, penginapan, epolet dan rambu pengakap kelana).
Waktu pendaftaran adalah pada jam 9.00 pagi hingga 2.00 petang 25hb. Jun 2014
Antara perkara-perkara yang akan dinilai adalah seperti berikut:
1. Penilaian mengenai Pengetahuan Kenegaraan (akan dilaksakan secara temuduga individu).
2. Ujian bertulis (Kenegaraan, Kepengakapan, Pertolongan cemas).
3. Penilaian Personaliti (dilaksanakan sepanjang masa semasa sesi penilaian dijalankan).
4. Penilaian Kemahiran Kepimpinan (dilaksanakan menerusi Pengucapan Awam secara spontan dengan tajuk ucapan yang diberikan 5 minit sebelum berucap).
5. Penilaian Kemahiran Pengurusan Acara (calon akan dinilai tentang Pengurusan Istiadat Pengakap dan acara-acara perasmian atau penutupan atau menguruskan mesyuarat Krew).
6. Penilaian Khidmat Masyarakat yang mana peserta akan diberikan tugasan untuk selama 4 jam bagi melakukan tugasan khidmat masyarakat.
7. Calon juga akan diberikan ceramah mengenai Pengurusan Risiko dan Kenegaraan.
Calon-calon adalah diperlukan untuk membawa keperluan-keperluan seperti berikut:
1. Buku-buku log Lencana Kepandaian Pengakap Kelana.
2. Sijil-sijil Lencana Kepandaian Pengakap Kelana (dikepilkan bersama borang pencalonan Anugerah B.P).
3. Calon juga dikehendaki membuat model Projek Perintis (Pioneering) dan diserahkan semasa pendaftaran pada 25hb. Jun 2014.
4. Pakaian seragam lengkap 2 pasang.
Senarai peserta dan borang pencalonan hendaklah dihantar melalui Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri dan hendaklah sampai ke Ibupejabat Persekutuan Pengakap Malaysia sebelum 20hb. Jun 2014. Maklumat lanjut sila klik http://kelanasiswa.org/?p=1676http://kelanasiswa.org/?p=1676

No comments :