Roover Moot Members

Sunday, 8 January 2012

Konsep 2nd ECROM [EAST COAST ROVER MOOT 2012]


“A Moot, in simple terms is a gathering of Rovers where a service project takes place. It was named by Robert Baden-Powell, the founder of the Scouting Movement in a letter to Percy Bantock Nevill who was charged with co-ordinating a gathering of Rovers at Royal Albert Hall, London in 1926. The word "Moot" is in fact an Old English word meaning assembly or gathering. MOOT is not a jamboree for Rovers but A gathering with a service purpose”


Konsep program Moot adalah diinspirasikan oleh semangat penemuan (discovery), innovasi (innovation) dan diversiti (diversity). Ia memberi peluang kepada ahli-ahli Kelana untuk menjalankan aktiviti khidmat masyarakat dan pembangunan kepimpinan. Pengakap Kelana diberi peluang untuk merancang projek dan melakukannya. (Planning and Action). Sebelum ini, East Coast Rover Moot yang pertama diadakan pada 11 hingga 14 Februari 2010 di Kem Telaga Batin atau dikenali sekarang sebagai Kem Pengakap Tengku Muhammad Ismail anjuran KLKM Negeri. Program ini telah disertai seramai 450 orang ahli kelana dari seluruh IPTA/IPTS Malaysia. Justeru itu, kesinambungan lanjutan daripada program 1st ECROM dan atas dasar kepercayaan, KLKM 08 UniSZA telah diamanahkan untuk mengadakan program ECROM buat kali yang kedua pada tahun 2012 ini. Program ini dibuat dengan kerjasama Pengakap Negeri Terengganu dan Pasukan Pengakap Kelana Malaysia. 2nd ECROM adalah rentetan daripada 1st ECROM. Keistimewaan 2nd ECROM buat kali adalah pihak penganjur menyediakan pelbagai aktiviti-aktiviti yang menarik disamping menawarkan Lencana Kemahiran atau Lencana Ekstrem bagi setiap ahli-ahli kelana yang menyertainya. Sekaligus mereka dapat melengkapkan siri lencana pengakap kelana dalam memperolehi penganugerahan tertinggi kelana iaitu Anugerah BP.


Justeru itu, Pengakap Kelanasiswa Kumpulan Latihan Kelanasiswa Universiti Sultan Zainal Abidin KKY1012 dan KLKM 08 UniSZA dengan sokongan dari Universiti Sultan Zainal Abidin mengorak langkah buat julung kalinya ingin menganjurkan Program 2nd East Cost Rover Moot Explore The Adventure yang akan berlangsung dari 08 November hingga 11 November 2012 di Kem Pengakap Tengku Muhammad Ismail, Telaga Batin, Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia.

No comments :