East Coast Rover Moot 2

Konsep Program Moot ini adalah diinspirasikan oleh semangat penemuan (discovery),inovasi dan diversiti

Read more

East Coast Rover Moot 2

Memberikan peluang untuk menjalankan aktiviti khidmat masyarakat dan pembangunan kepimpinan menerusi projek yang akan dilakukan

Read more

East Coast Rover Moot 2

Mempromosikan Scouts Of The World Award dengan mempelajari lebih lanjut mengenai isu keamanan pembagunan dan alam sekitar kearah merealisasikan Millenium Development Goals

Read more

Roover Moot Members

Monday, 12 March 2012

KLKM 08 UniSZA | Aktiviti-aktiviti yang disertai 2010-2012

..::MAJLIS KREW KUMPULAN LATIHAN KELANASISWA MALAYSIA::..
..::UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN (KLKM 08 UniSZA) BAGI TAHUN 2010 - 2012::..

PENGENALAN
Majlis Krew KLKM 08 UniSZA telah ditubuhkan oleh Tuan Syed Mohd Al-Shukri bin Tuan Shariff dan Tuan Haji Rosdi bin Abdul Rahman sejak 5 Oktober 2011 dan bergerak aktif sejak tahun 2010. Sebelum ini persatuan telah ditubuhkan sejak tahun 2004 lagi oleh Tuan Haji Rosdi bin Abdul Rahman. Tujuan penubuhan Majlis Krew KLKM 08 UniSZA adalah seiring dengan matlamat asas penubuhan pengakap kelana iaitu bagi memperkenalkan kerakyatan yang aktif, melengkapi perkhidmatan kepada masyarakat dan persatuan, melengkapi ahli-ahli dengan cabaran dan peluang untuk meningkatkan kebolehan diri sendiri, membolehkan ahli-ahli melengkapi diri mereka dengan kehidupan yang lebih memuaskan dan berfaedah dan mengambil bahagian dengan aktif dalam peningkatan pergerakan Pengakap. Majlis Krew KLKM 08 UniSZA telah bergiat aktif sejak di awal penubuhan sama ada dalam pelbagai aktiviti diperingkat universiti mahupun di peringkat antarabangsa melalui aktiviti-aktiviti kepengakapan. Kehebatan kepimpinan dan perwatakan kedua-dua pengasas persatuan jelas telah menaikkan minat generasi belia untuk menyertai persatuan ini dan sehingga kini ahli-ahli berdaftar berjumlah lebih kurang  200 orang dan dijangka jumlahnya akan meningkat dari masa ke semasa. 

Pre East Cost Rover Moot | Pre 2nd ECROM

Salam Pengakap

Sila lawati dan sertailah bersama-sama kami "East Coast Rover Moot" di Kem Pengakap Tengku Muhammad Ismail, Telaga Batin, Terengganu. Banyak aktiviti-aktiviti yang menarik dan mencabar fizikal dan mental anda. Jangan lepaskan peluang keemasan ini. Dan juga banyak pertandingan-pertandingan yang akan diadakan.

Pre ECROM -> 26-28 April 2012
Aktiviti : Scouts Challenge (Pendakian Gunung Tebu). Yuran : RM50.00 seorang (Kelana/Pemimpin). Peserta perlu berdaftar dengan PPM dan mempunyai kad pengesahan kesihatan bagi menyertai program pendakian/ ekspedisi.

Dapatkan maklumatnya di sini dan sertailah bersama kami. Jom kita semua memeriahkan Program East Coast Rover Moot.
Sila lawati : http://ecrom2.blogspot.com/

...KLKM UniSZA...

Wednesday, 25 January 2012

Perincian AKTIVITI 2nd ECROM


Segala pergerakan aktiviti adalah dalam bentuk berkumpulan atau krew. Setiap krew dianggotai oleh pelbagai institusi pengajian dan kaum.

***Scout Challenge
a.  Bycycle Expedition Challenge
-Ekspedisi berbasikal dari Kem Pengakap ke Kem Pengakap Tengku Muhammad Ismail (perlu melebihi 60KM) selama 1 hari 1 malam. Setiap peserta perlu menyerahkan pengesahan rekod kad kesihatan kepada fasilitator bertugas sebelum melakukan ekspedisi berbasikal. Program akan bermula pada pagi hari Jumaat dan berakhir pada hari Sabtu. Program ini diadakan untuk menguji ketahanan mental dan fizikal peserta dan memupuk semangat kerjasama di dalam kumpulan.

c.   Orienteering & Explorace
-Peserta  akan mengikut satu perjalanan dan melakukan aktiviti berkayak (Jika keadaaan mengizinkan). Peserta dapat menghayati dan mencintai alam melalui ekspedisi ini dengan aktiviti “cuci alam” seperti mengutip sampah di sepanjang perjalanan.

d.   Gadgets & Pioneering Project
-Peserta dapat meguji kemahiran mengenai ikatan dan simpulan dan di samping mengambil ujian Lencana Kemahiran

e.   Abseiling dan Paint Ball
-Peserta dapat mencuba dan melakukan aktiviti lasak dan di samping untuk menguji keberanian, ketahanan mental dan kecergasan fizikal para peserta supaya tidak takut untuk berhadapan dengan bahaya.


Friday, 20 January 2012

Pra East Coast Rover Moot 2


Pra East Coast Rover Moot 2 | ECROM2


Venue : Tengku Muhammad Ismail Scout Camp, Terengganu Malaysia
Price   :  RM 50 / Person
26-28 April 2012

1.  ***Yuran Pra ECROM sebanyak RM 50.00 seorang (Pengakap Kelana)

***RM50.00 seorang (Pemimpin) dibayar semasa pendaftaran/bank draft.

Sunday, 8 January 2012

Aktiviti-aktiviti yang dijalankan semasa 1st ECROM (ECROM dalam Kenangan)

1st ECROM

Dalam Kenangan...

Tarikh : 11 – 14 Februari 2010 (Khamis – Ahad)
Tempat : Kem Telaga Batin, Seberang Takir, Kuala Terengganu
Tema : “Survival and Back to Nature”
Kelayakan : Pengakap Kelana dan Kelanasiswa
Daftar : 11 Februari 2010 (Jam 8.00 pagi hingga jam 5.00 petang)
Bersurai : 14 Februari 2010 (Jam 4.00 petang)
Bayaran : RM 30.00 seorang (termasuk sijil, lencana dan kemudahan lain) 

1st ECROM ini adalah program anjuran KLKM dan juga Majlis Pengakap Negeri Terengganu. Dan akan melibatkan semua pengakap kelana dari negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang.

Tujuan utama penganjuran rover moot ini adalah:

a. Mempersiapkan Pengakap kelanasiswa dan kelana untuk bertugas sebagai service team semasa jamboree Malaysia ke 12 nanti.
b. Melaksanakan skim latihan Pengakap kelana.
c. memberi pendedahan dan mencuba aktiviti - aktiviti yang boleh dicadangkan untuk dijadikan aktiviti semasa Jamboree Malaysia.

Aktiviti :
Backwood cooking, Scout Orama, Malam Kelana dan banyak lagi!!!...